PSS Peradong


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Peradong adalah antara salah sebuah sekolah yang tertua di Daerah Jelebu. Ianya terletak di Kampung Peradong iaitu lebih kurang 10 km dari Kuala Klawang. Nama sekolah ini adalah bersempena dengan kedudukannya iaitu di Kampung Peradong.
Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1925. Pada awal pembinaannya, sekolah ini hanyalah berasaskan dinding papan, atap rumbia, dan berlantaikan tanah.
Bersesuaian dengan peredaran zaman sekolah ini juga telah membangun dari segi fizikal . Satu blok bangunan dua tingkat telah dibina. Pada 27 Mac 1976 bersamaan 26 Rabiul Awal 1396 YAM Datuk Haji Abu Bakar Bin Haji Maamor , Undang Luak Jelebu telah sudi memperkenan merasmikan sekolah ini. Sekarang sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan, sebuah surau dan makmal komputer. Selain itu sekolah ini juga mempunyai bangunan Prasekolah yang dibuka pada tahun 2004.
Telah ramai individu lahiran dari sekolah ini yang berjaya menempa nama dalam pelbagai bidang antaranya perniagaan, pegawai tinggi kerajaan, ahli politik dan sebagainya. Antara tokoh yang dilihat berjaya ialah Profesor Omar Munir pensyarah UTM Sekudai Johor Bahru , YB Ibrahim Sareh bekas Ahli Parlimen Jelebu.